GIMP merupakan salah satu perisian mengubah tukar imej antara yang terbaik boleh diperolehi secara
percuma untuk sistem operasi Linux dan Windows. Namun, mungkin ada pengguna baru linux yang tidak
mengetahui cara menggunakan GIMP ini secara sepenuhnya. Kali ini zK membawakan video asas menghasilkan imej animasi gif, bagi mendedahkan cara asas penggunaan GIMP dalam menghasilkan imej yang mempunyai multi frame dan berubah.
percuma untuk sistem operasi Linux dan Windows. Namun, mungkin ada pengguna baru linux yang tidak
mengetahui cara menggunakan GIMP ini secara sepenuhnya. Kali ini zK membawakan video asas menghasilkan imej animasi gif, bagi mendedahkan cara asas penggunaan GIMP dalam menghasilkan imej yang mempunyai multi frame dan berubah.
PERALATAN DAN FUNGSI DI DALAM GIMP
MEMULAKAN PERISIAN GIMP
Perisian GIMP boleh dimulakan dengan klik pada butang Start > All Program > GIMP. Tetingkap
utama akan dipaparkan seperti paparan dibawah.
BAHAGIAN ASAS DALAM PERISIAN GIMP
Main Box - mengandungi butang ikon peralatan yang digunakan untuk kerja melukis, mewarna dan
mengedit. sekiranya hendak menambah item, klik Edit > Preferences > Toolbox dan buat pilihan item
yang hendak digunakan.
Tool Options - menunjukkan fungsi-fungsi yang lain bagi setiap peralatan yang dipilih.
Image Window - setiap imej akan dipaparkan pada tetingkap yang berlainan dan boleh dibuka pada
masa yang sama.
Layer, Channels, Paths - menunjukkan struktur layer bagi sesuatu imej yang sedang diaktifkan dan
membenarkan imej tersebut dimanipulasikan menggunakan pelbagai teknik.
Brushes, Patterns, Gradients - menunjukkan susunan tab untuk menguruskan dan memilih jenis
brushes, patterns dan gradients.
ASAS PENYUNTINGAN IMEJ
klik pada menu File > Open untuk mencari direkori gambar yang tetingkap "Open Image" akan
dipaparkan dan anda boleh memilih gambar yang dikehendaki dan klik Open.
gambar yang dipilih akan dipaparkan pada tetingkap lain dan proses mengedit boleh dilakukan.
pilih Scissors Select Tool pada Toolbox. Klik dan tandakan pada kotak antialiasing dan feather
edges. Gunakan tetikus dan klik di sekeliling imej yang hendak digunting secara berterusan.
setelah selesai, tekan Enter pada papan kekunci. keseluruhan imej yang ditanda tadi akan dipilih.
imej boleh digerakkan dengan menggunakan Move Tool yang ada dalam Toolbox.
MEMASUKKAN LATAR BELAKANG
buka semula fail tadi dan klik pada menu File > Open dan pilih fail tersebut > Open.
sebelum memasukkan latar belakang menggunakan Bucket Fill, Gradient Effects atau Pattern Fill,
pastikan layer background dipilih terlebih dahulu.
pilih Bucket Fill Tool dalam Toolbox. Pastikan klik FG colour Fill pada bahagian Fill Type.
Kemudian, klik Foreground & Background Color dalam Toolbox, tetingkap untuk memilih warna
yang dikehendaki dengan menggerakkan penanda warna dan klik butang OK.
tuangkan warna yang telah dipilih dengan cara klik keatas latar belakang pada tetingkap imej.
Setelah selesai, simpan fail tersebut.
Dibawah ialah hasil GIMP saya iaitu Poster Merdeka Raya
Anda juga boleh klik lihat video dibawah untuk lebih faham cara menggunakan GIMP
Comments
Post a Comment